Kelab Angklung Wariseni
@Angklung 14
Wadah Simfoni Perpaduan
Info Kami

Pewaris Seni Budaya Negara

Kelab ini telah membuat persembahan secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, rancangan Generasi Y di TV1 dan Tiada Lama Tiada Baru di TV2, rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah, rancangan Bananana Squad yang disiarkan di TV3, TV9 dan NTV7 , Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 serta rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Baru-baru ini da bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bersama MBSA telah menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa iaitu Malaysia International Children Choral Festival 2016 yang bertempat di Teater Shah Alam seksyen 14. Pertandingan ini telah mendapat liputan TV dalam Malaysia Hari Ini di TV3. 
Kelab Angklung Wariseni telah membuat persembahan permulaan dan selingan dalam majlis ini. Kelab ini juga telah membuat persembahan dipelbagai tempat dan acara antaranya Perasmian Pertandingan Burung Antarabangsa di Bukit Fraser dan Perasmian 1MCAT di KLCC anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, sambutan Bulan Ramadhan dan Hari Raya , persembahan Promosi anjuran Kraftangan Malaysia, Majlis Makan Malam, Program Merakyatkan Seni Budaya Bersama Rakyat (PMS), Majlis Sambutan Harijadi, Persembahan di Karnival Music Youth di Curve, Damansara, Majlis Perkahwinan, 
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, persembahan Bazar Seni Industri Badan Bukan Kerajaaan JKKN, Perasmian Pertandingan Apresiasi Seni Visual, Majlis Pendaftaran Pelajar Baru FSTEP, persembahan Pameran Inspirasi Alam, Kraftangan Kuala Lumpur, Majlis Anugerah Cemerlang Politeknik, KL Family Fair 2013 MaTiC dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan dipaparkan di laman sesawang

Facebook : https://www.facebook.com/kelabangklungwariseni 
Blogspot   : http://smktamansrimuda.blogspot.com/
Youtube   : https://www.youtube.com/user/KelabAngklung.