Kelab Angklung Wariseni
@Angklung 14
Wadah Simfoni Perpaduan
Misi & Visi
Misi & Visi Sekolah
Moto Sekolah
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Berwawasan, Dinamik, Berilmu
Kelab ini telah ditubuhkan pada 11 Oktober 2010 di bawah pimpinan jurulatih utama Encik Sam Mat Kous, pengurus Wariseni Budaya yang bertempat di Laman Budaya Shah Alam. Ahli-ahli kelab menjalani latihan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Khamis dan Sabtu. Tetapi sekiranya mendapat jemputan persembahan di luar sekolah ahli-ahli kelab akan membuat latihan selama tiga hari berturut-turut untuk memantapkan persembahan. Ahli-ahli kelab yang baru diberi latihan intensif setiap hari agar dapat bermain dengan baik bersama-sama ahli-ahli senior.

Aktiviti dan kegiatan kelab telah mendapat liputan media massa seperti akhbar Sinar Harian dan Berita Harian, Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, majalah dara.com serta YEZZ keluaran Karangkraf. Kelab ini juga telah menyertai beberapa pertandingan antaranya Mimpi ke Bintang, Muzik Ekstra dan Pertandingan Bakat anjuran Kraftangan sempena sambutan Hari Kraftangan Kebangsaan 2013 dan menjadi juara dalam pertandingan yang dianjurkan oleh MSU iaitu Performance Art Competition 2014 sempena sambutan Hari Konvokesyen MSU pada tahun 2014 dan mendapat tempat ketiga pada tahun 2016. Pada tahun 2015 kelab ini telah menyertai Pertandingan Lagu Angklung SEAMEO yang berpusat di Thailand. Pertandingan ini disertai lebih daripada 150 buah sekolah di Asia Tenggara dari 11 buah negara. Dalam pertandingan ini kelab ini telah mendapat tontonan umum yang tertinggi di dalam laman sesawang YouTube.
Persembahan kelab angklung ini bukan sahaja menghiburkan para jemputan biasa malahan kepada para jemputan khas. Kelab ini telah membuat persembahan dihadapan Sultan Selangor, Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan dan sebagainya. Tahun 2016, dengan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kelab Angklung Wariseni menjalankan Program Jelajah Angklung 1Malaysia. Dalam jelajah ini kelab menjalankan aktiviti lawatan sambil belajar dan membuat persembahan di serata negeri dalam Malaysia. Negeri-negeri yang telah dijelajahi ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Sementara itu di dalam negeri sendiri iaitu negeri Selangor kelab telah membuat persembahan di pelbagai daerah dan mukim.